4.0 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN ( LMS).
DISEDIAKAN OLEH: M.DARVIN RAAJ.


Sistem Pengurusan Pembelajaran atau dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian yang digunakan untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, dan e-learning program. Sistem pengurusan pembelajaran merupakan satu sistem yang digunakan untuk menguruskan pembelajaran pelajar di universiti, institut, dan kolej melalui internet. LMS merupakan satu projek yang dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU). MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software (OSS). Tujuan LMS ialah untuk mempertingkatkan dan mengembangkan lagi  persekitaran pengajaran dan pembelajaran pelajar dengan kepelbagaian sumber-sumber pembelajaran yang tersedia di ruang internet. LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary ialah, Blackboard manakala contoh bagi LMS open source ialah Moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubahsuai. 


I. Antara kelebihan Moodle ialah:

*Merupakan sistem pengurusan pembelajaran yang 'powerfull' di mana ia boleh digunakan untuk membina dan menerbitkan kursus di dalamnya.

*Ia juga adalah sumber terbuka (open source) dan percuma untuk digunakan.

*OUM menggunakan Moodle sebagai platform pembelajaran.


Gambar di bawah menunjukkan contoh Moodle:

          
                Image result for moodle


II. Antara ciri-ciri utama Blackboard ialah:

    * Penjenamaan, bidang dan fungsi tersuai.

    * Enjin peperiksaan.

    * Format penghantaran berganda

    * Pelaporan pentadbiran.

    * Katalog kursus.

    * Import dan eksport data.

    * Penggredan.

    * Pelan individu.

    * Portal pelajar.

    * Tetapan maklumat.

    * Penjejakan kemahiran.


Gambar di bawah menunjukkan contoh Blackboard:   

                            Related image  

III. Antara individu yang boleh menggunakan LMS ialah:

   * Pelajar di sekolah.

   * Pelajar institusi pengajian tinggi.

   * Guru, Pensyarah.

   * Staf-staf pendidik.

   * Ahli perniagaan.

   * Kerani di pejabat.

   * Industri yang dikawal selia ( misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan    
      pematuhan.

   * Institusi-institusi penyelidikan untuk meningkatkan dan menyokong pengajaran di bilik               
      darjah.

  * Di UKM, LMS yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah ialah, SPIN.

IV. Maksud setiap perkataan LMS ialah:

 * Learning = Digunakan untuk menyampaikan bidang pembelajaran

* Management = Membantu menguruskan bidang pembelajaran.

* System = LMS ialah sebuah sistem komputer.


V. Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran:

*Meletakkan bahan kursus di atas talian= Kebanyakan Sistem Pengurusan Pembelajaran menyediakan butang yang telah diprogramkan untuk sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus, dan bahan kursus yang mempunyai kaitan dengan pelajaran secara khusus seperti salinan bacaan dan 'power point slides' daripada kuliah.

*Mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian =  Hal ini membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz  dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian di mana tenaga pengajar boleh meletakkan gred pelajar.

*Papan dikusi =  Melalui penggunaan papan dikusi, tenaga   pengajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan  dan menyambung diskusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal.

*Alat komunikasi lain = Membolehkan tenaga pengajar menghantar pengumuman ke kelas dan boleh berhubung   dengan pelajar secara individu. 'Lock box for student' membolehkan pelajar  menyimpan bahan kelas di tempat  yang selamat sama ada persembahan yang akan diadakan di  kelas atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat.

*Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.

*Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran.

*Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia.

*Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran.

*Mempunyai maklumat mata pelajaran.

*Mempunyai nota kuliah dan pautan kepada pelbagai sumber maklumat.



VI. Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran:

*Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.

*Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.

*Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web yang berskala.

*Mudah alih sokongan dan standard.

*Pembelajaran boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

*Melibatkan perbelanjaan kos secara efektif.

*Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru  menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.

*Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hiburan.


VII. Kepentingan LMS ialah :

*Membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi  perpustakaan secara digital  atau laman web.

*Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.

*Dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar, pengurus kursus, tutor, dan pengurus pusat pembelajaran.

*Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan boleh mendapat pelbagai maklumat.

*Pengurus pusat pembelajaran atau pensyarah dapat menyalurkan bahan dari pelbagai sumber.

*Membolehkan pengurus kursus mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.

*Meningkatkan semangat untuk belajar atau bekerja.

*Meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja seseorang  pekerja.



VIII. Antara Sistem Pengurusan Pembelajaran ialah:


A. Moodle:



                      Related image





B. Schoology:




                    Related image





C. Edmodo:




                    Image result for new edmodo





D. A Tutor:




                   Image result for atutor lms





E. Eliademy:




                       Image result for eliademy logo





F. Forma LMS:




                      Related image





G. Dokeos:




                         Image result for dokeos lms





H. ILIAS:




                       Image result for ilias lms





IX. Senarai Open Source Software yang digunakan oleh LMS:
                  
                                         
                   Image result for KELEBIHAN lms proprietary blackboard



  


                                  

Image result for KELEBIHAN lms proprietary blackboard



Comments

Popular posts from this blog

penyesuaian sosial

kemahiran memproses maklumat