kemahiran memproses maklumat

1.0 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD DANIAL FAZREEN.
Ø  Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.
Ø  Pelajar mesti menguasai kemahiran memproses maklumat kerana perkara ini amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Tambahan pula, perkara ini memerlukan penglibatan dan seseorang itu secara berterusan dalam bidang pembeljaran dan penilaian maklumat.

MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
DEFINISI
  •   Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi.
  •  Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
  •   Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih.
Tujuan
  •   Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman.
  •   Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui.

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS
(A) Menganalisis Idea :-
1.Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
2.Mengelas
3.Membanding dan membeza
4.Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
5.Membuat urutan
(B) Menganalisis Hujah :-
1.Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
2.Mencari sebab dan kesimpulan
3.Mengusul periksa andaian
4.Membuat urutan
5.Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
6.Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi. 
Jenis-jenis urutan
Urutan abjad - cth : Senarai nama
Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
Kitar - cth : Kitar Oksigen
Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan
Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan
Maklumat dalam bentuk teks boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk naratif. Berikut merupakan langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks iaitu:

Image result for kaedah menganalisis dokumen
Menilai Maklumat
Terdapat 2 perkara yang penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.

Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut.
Contohnya ialah :
a)    Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat

b)    Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca

c)    Saksama – bersifat adil dan neutral

d)    Nilai semasa – maklumat terkini

e)    Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu.

MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
  • Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
Setelah maklumat telah diproses maka kesimpulan yang relevan dan signifikan perlu dibuat dan dihasilkan dalam bentuk laporan. Laporan merupakan satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusu serta mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtopik kepada isu yang dilaporkan. Oleh itu, pelajar perlu mengetahui cara-cara untuk membuat pelaporan yang betul. Antara persediaan membuat pelaporan yang perlu diketahui ialah 5W + 1S seperti berikut :-
TUJUAN
Mudah untuk menyesuaikan dengan laporan
Mengetahui tahap pengetahuan pembaca dan pengetahuan teknikal
Mengetahui pa...

Lantaran itu, pelajar perlu mengetahui perkara-perkara yang penting dalam menghasilkan laporan yang relevan dan diantaranya ialah :-
Laporan bertulis yang baik seharusnya
memperincikan kandungan seperti berikut :
Tujuan laporan Kualiti laporan
Kategori la...
(a) Tujuan Laporan
Sesiapa sahaja boleh membuat laporan tetapi apa yang penting untuk pelaporan ketahui adalah tujuan laporan itu disediakan. Berikut adalah tujuan sesuatu laporan ditulis:
  • Mengenal pasti masalah
  • Memberikan maklumat dan fakta
  • Mencadangkan penyelesaian
  • Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
  • Membuat kesimpulan
  • Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisa aktiviti perniagaan
  • Mensintesis sesuatu pelan tindakan
  • Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan, dan lain-lain
(b) Kualiti Laporan
Laporan yang berkualiti juga akan lebih meyakinkan pembaca untuk menerima  keputusan atau cadangan yang pelapor akan berikan pada akhir laporan tersebut.  Kualiti sesuatu laporan dapat dilihat melalui prinsip 5C+1P, iaitu:
  • Betul / Tepat (Correct / Accurate)
  • Padat (Concise)
  • Lengkap (Complete / Comprehensive)
  • Jelas (Clear)
  • Urutan
(c) Kategori Laporan
Secara umumnya terdapat dua kategori laporan yang perlu pelapor ketahui. Kategori  tersebut adalah seperti berikut:
  • Bentuk borang (Form Report)
  • Bentuk terbuka / panjang (Extended Report)
Penyediaan laporan bertulis
Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan  bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan  laporan berkenaan. Antara cara penyediaan laporan :-
  • Memilih topik sekiranya tidak diberikan
  • Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
  • Meneliti dan memilih maklumat yang releven dengan topik
  • Membuat nota
  • Menyediakan kerangka laporan
  • Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
  • Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik lain yang sesuai
  • Menyemak draf
  • Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
  • Menerbitkan laporan
Panduan menulis laporan
Bagi memudahkan kerja disamping mengembangkan pengetahuan dan kemahiran maka terdapat kajian yang telah mewujudkan cara dan kaedah kajian bagi untuk penulisan sesuatu pelaporan sepertinya :-
Berikut adalah secara umum panduan  untuk penulisan laporan:
  • Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Halaman kandungan
  • Latar belakang kajian
  • Penyataan masalah/ isu keprihatinan / fokus kajian
  • Objektif kajian/ tujuan kajian
  • Metadologi kajian
  • Perancangan
  • Pelaksanaan perancangan
  • Dapatan kajian
  • Refleksi
  • Kesimpulan dan cadangan
  • Rujukan
  • Lampiran

Comments

Popular posts from this blog

penyesuaian sosial