kemahiran memproses maklumat
1.0 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS D ISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD DANIAL FAZREEN . Ø Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format. Ø Pelajar mesti menguasai kemahiran memproses maklumat kerana perkara ini amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Tambahan pula, perkara ini memerlukan penglibatan dan seseorang itu s...