Posts

kemahiran memproses maklumat

Image
1.0 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS D ISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD DANIAL FAZREEN . Ø    Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau diduksi. Penguasaan terhadap aspek kemahiran memproses maklumat akan membolehkan seseorang pelajar itu mengenal pasti nilai maklumat serta menggunakannya untuk membuat sesuatu tugasan atau keputusan tujuan peribadi, profesional atau akademik. Seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk mencapai, menilai, menyususn, menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format. Ø    Pelajar mesti menguasai kemahiran memproses maklumat kerana perkara ini amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Tambahan pula, perkara ini memerlukan penglibatan dan seseorang itu s...

penyesuaian sosial

Image
2.0 PENYESUAIAN SOSIAL. DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD IHSAN. Penyesuaian ialah proses adaptasi. Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. KEMAHIRAN INTERPERSONAL                    Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain. Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga ama...

sikap terhadap pentaksiran

3.0 SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD TAUFIK. Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian. Penilaian adalah proses mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah dicapai. Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan. 2 jenis penilaian iaitu: penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.   Penilaian Sumatif Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun. Pengujian Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perla...
Image
4.0 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN ( LMS). DISEDIAKAN OLEH: M.DARVIN RAAJ. Sistem Pengurusan Pembelajaran atau dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian yang digunakan untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, dan e-learning program. Sistem pengurusan pembelajaran merupakan satu sistem yang digunakan untuk menguruskan pembelajaran pelajar di universiti, institut, dan kolej melalui internet. LMS merupakan satu projek yang dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU). MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software (OSS). Tujuan LMS ialah untuk mempertingkatkan dan mengembangkan lagi  persekitaran pengajaran dan pembelajaran pelajar dengan kepelbagaian sumber-sumber pembelajaran yang tersedia di ruang internet. LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori, iait...